Thursday, August 25, 2011

menjaga orang sakit..

hari ini guwa nak kongsi sedikit artikel yang baru je guwa baca tadi...guwa sebenarnya baru balik dari melawat pak long guwa...allhamdullilah sekarang beliau dah boleh cakap dh pun...memang ALLAH meperkenankan doa guwalah....

Menjaga orang sakit,Merawat orang sihat

menjaga orang yang sakit yang sudah hampir mati seperti keadaan bapaku sekarang memerlukan kepakaran dan akal yang sentiasa berfikir.Oleh sebab itu kadang-kadang kita lebih penat mental dari penat fizikal.Walaupun keadaaanya yang terlantar dan tidak boleh bangun dari katil tetapi akalnya jauh merayau-rayau kesana-sini.Keadaan yang nyaman dengan aircond yang baru sahaja di pasang khasuntuknya beserta tilam angin 'ripple bed' yang sentiasa membuaikan badan tidak cukup untuk memberikan keselesaan untuknya.Baring terlalu lama saja sudah amat menyiksakan.


Setakat untuk memberikan morphine supaya tidak terasa sakit dan makan mengikut jadual adalah pekara yang mudah.Tetapi keadaan orang sakit sentiasa berubah dan orang sihat kena pandai berubah mengikut keadaan itudan yang lebih baik lagi jika dapat menjangkakan apakah perubahan yang akan berlaku untuk keselesaan kedua-dua orang yang sakit dan juga orang yang sihat yang menjaganya.Orang yang sakit mungkin tidak mahu makan, tidak mahu minum, tidak boleh buang air dan tidak mahu makan ubat.Yang lebih teruk lagi sekiranya orang yang sakit mula menjerit-jerit tak tentu arah, membaling gelas kedinding sehingga berkecai, tidak mahu tidur dan bercakap-cakap sepanjang malam dan mula becerita pada orang yang datang melawat bahawa isteri dan anak-anak tidak pernah mejaganya dengan baik.Malangnya pelawat yang datang sekali-sekala dan tidak pernah  menghadapi situasi begini ada juga yang tertipu dan percaya.."Sampai hati mereka membiarkan bapanya sakit terlantar !",katanya dengan kehairanan dan kata-kata seperti inilah juga membuat telinga ibuku mengeluarkan asap.Keadaan ini tidak ubah seperti menjaga seorang bayi yang baru lahir malah lebih parah lagi.Orang yang sakit sudah tentulah sakit tetapi orang yang sihat dan mempunyai jiwa yang sakit belum tentu boleh diubati.


p/s:sambung esok boleh??letih laa..

2 comments: